Tuesday 9 October 2012

Pengajaran Bahasa Melayu Kelas Pemulihan Khas



BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

PERKEMBANGAN BAHASA

Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.

1.1. DEFINISI BAHASA:

Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu  atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya.

1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA

1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat.

1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.

1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.

1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.

1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.

1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami.

1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.

No comments:

Post a Comment