Pendidikan pemulihan
|
Pendidikan imbuhan
|
1.
Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.
|
1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
|
2. Rancangan pembelajaran ditumpukan khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
|
2. Rancangan pembelajaran untuk semua pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.
|
3. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.
|
3. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.
|
4. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
|
4.
Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan
dan kewangan.
|
5. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.
|
5.
Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di
peringkat prasekoalah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.
|
6. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
|
6. Objektif utama ialah merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin.
|
Sunday 28 October 2012
Perbezaan Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Imbuhan
Sunday 21 October 2012
4. Ejaan
4.1. DEFINISI
Ejaan
adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk
melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada
kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana
kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada
juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan.
4.2. PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN
4.2.1. Lemah dalam ingatan penglihatan.
- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.
4.2.2. Lemah dari segi Analisis Pendengaran.
- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
- Kemungkinan lemah dalam bacaan.
4.3. AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA
- Membina perkataan berirama (sama di pangkal, tengah atau hujung) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll.
- Mendiskriminasi perkataan.
- Melengkapkan atau menambah perkataan.
- Membina perkataan di dalam perkataan.
- Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.
- Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga.
- Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina.
- Permainan teka teki.
- Permainan Silang kata.
Friday 19 October 2012
3. Kemahiran Tulisan
3.1. DEFINISI
Tulisan
ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses
memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
3.2. PERANAN TULISAN
Untuk
mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Untuk
membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk
membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa
dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Untuk
menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan
hidup masa kini).
Untuk
menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,
sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan
jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu
sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
3.3 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
3.3.1 Pra Tulisan
Pra
tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak
bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus
yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak
membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam
persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
Peringkat
contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi
kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata
tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara
berikut:
1.
Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti
seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan
lain-lain.
2.
Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
3. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain.
4. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
3.3.2 TULISAN MEKANIS
Setelah
kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa .
Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada
murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan
mekanis murid-murid diminta. membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas
kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah
latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit.
Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
- Kemahiran mengawal dan memegang pensel.
- Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
- Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
3.3.3 TULISAN KREATIF
Peringkat
ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi
di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.
3.4. MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
3.5. CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.
Memberikan
penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,
sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti
dengan mudah.
Guru
adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan
cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid
hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.
Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.
Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.
Pertimbangan
harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak. Itu
tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.
2. Kemahiran Membaca
2.1 DEFINISI MEMBACA
Frak
Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan
juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran
bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.
Atan
Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis
kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan
mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.
Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
KESIMPULANNYA:
Membaca
adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara,
memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan
makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.
2.2 PROSES BACAAN
2.2.1. BACAAN SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)
a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.
2.2.2. MEMBACA SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)
a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan.
b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan
2.2.3. MEMBACA SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)
a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
2.2.4. MEMBACA SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)
a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.
2.3. KESEDIAAN MEMBACA
Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang
diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca.
Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan
secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan
yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.
2.3.1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA
2.3.1.1.KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik.
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya.
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.
2.3.1.2 PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN
Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.
2.3.1.3. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH
- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca .
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain.
2.3.1.4 KECERDASAN DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:
- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.
2.3.1.5 DAYA DISKRIMINASI (PENGAMATAN)
- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.
2.3.1.6PENGUASAAN BAHASA
- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
2.4 MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN
2.4.1 BENTUK HURUF
- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda.
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.
2.4.2 PERINGKAT SUKU KATA
- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.
2.4.3 KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.
2.4.4 KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.
2.4.5 STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE ARAH MEMBACA
- Mengenal pasti kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian
Thursday 11 October 2012
1. Kemahiran Lisan
1.1 PENGENALAN
Lisan
merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam
lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan
Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang
didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya
berulang-ulang.
1.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila
seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan
mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini
bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran
setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara
ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar
jika ia boleh:
- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- ” auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu
lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran
bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa
dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan
suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang
dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting
dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur
ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal
pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan
suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga
perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.3: KEPENTINGAN LISAN
Manusia
mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang
tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum
mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Perkembangan
bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar,
mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan
bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah
mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak
yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih
berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori
psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan
pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan
demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang
luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa
Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan
suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan
bahasa yang baik.
Struktur
ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah
dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang
betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada
prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat
awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal
akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak.
Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
1.4: PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN LISAN
Guru
boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan
intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti
lisan.
Guru
boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta
melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid
untuk:
- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.
Guru
boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa
rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau
pengujaran murid-murid.
Guru
juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang
didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan
”auding”.
1.5: CARA MEMPERBAIKI KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN
1.5.1. Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
1.5.2. Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
1.5.3. Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.
1.5.4. Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
1.5.5. Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
1.5.6. Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.5.7.
Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi
melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
1.6: PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN
1.6.1. Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :
1.6.1.1.
Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan
cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
1.6.1.2. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
1.6.1.3. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
1.6.1.4. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
1.6.1.5. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.
1.6.1.6.
Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah
pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :
o Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.
o Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
o Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
1.6.1.7. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja.
1.6.1.8.
Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran
yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
1.6.1.9.
Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika
didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara
spontan.
Kemahiran-kemahiran Asas Dalam Bahasa Melayu
a. Kemahiran Lisan
b. Kemahiran Bacaan
c. Kemahiran Tulisan
d. Kemahiran Ejaan
Tuesday 9 October 2012
Pengajaran Bahasa Melayu Kelas Pemulihan Khas
BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN
PERKEMBANGAN BAHASA
PERKEMBANGAN BAHASA
Apabila
kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau
perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu
dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
1.1. DEFINISI BAHASA:
Mengikut
Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili
konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat
amnya.
1.2. FUNGSI-FUNGSI BAHASA
1.2.1 Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat.
1.2.2 Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain.
1.2.3 Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
1.2.4 Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
1.2.5 Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
1.2.6 Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami.
1.2.7 Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
Definisi Pendidikan Pemulihan
Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Beliau juga menegaskan pengajaran pemulihan ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Menurut Collins lagi ;
Albewhite
(1977), yang mengatakan pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk
pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan
yang disertai oleh gangguan – gangguan emosi. Beliau menegaskan
bahawa:
By remedial teaching is meant teaching which is based in a different
diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.
By remedial teaching is meant teaching which is based in a different
diagnosis whichforms the basisfor scientific remedial procedures.
Sharifah
Alwiah Alsagoff ( 1983 ), berpendapat pemulihan ialah satu tindakan
khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah
biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam
kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk
pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Menurut
Ishak Harun & Koh Boh Boon (1983), Pemulihan ialah Perkhidmatan
khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi
masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa.
Bagi
Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan dianggap sebagai“the ambulance
of educational system”. Dengan sebab itu pengajaran ini tidak boleh
diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan
secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja.
Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan
aspek-aspek kelemahan munid.
Definisi di atas disokong pula Brennan (1974), yang mengatakan bahawa
pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan
bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pemelajaran.
Menurut beliau:
Remedial education is regarded as the kind of education required to
meet needs which are the result of learning disabilities, that is,
learning failure which cannot be explained by any reference to
inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.
Remedial education is regarded as the kind of education required to
meet needs which are the result of learning disabilities, that is,
learning failure which cannot be explained by any reference to
inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience.
Menurut Blair (1956), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk
pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan
pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan dan amalan yang tidak
sesuai bagi murid-munid lambat.
Selain itu,Koh (1979), dalam kertas kerjanya bersempena dengan Tahun
Kanak-kanak 1979 mendefinisikan pengajanan pemulihan sebagai pengajaran
yang bertujuan memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid
lambat dengan tujuan meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf
dengan pencapaian murid-murid normal. Sharifah (1979) pula mengatakan
pengajaran pemulihan ialah pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang
khusus untuk murid-murid yang terlalu lemah.
Tansley (1967), berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.
Tansley (1967), berpendapat pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.
Chua
(1977) dalam laporannya menyatakan pendidikan pemulihan sebagai satu
pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui
pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya.
Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan
menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang
melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan
dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas
(profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama
doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
Memartabatkan
Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa
Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan
Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa
maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib
dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan
antarabangsa
Subscribe to:
Posts (Atom)